Rajin-rajin le memfollow aku ek.....

Wednesday, December 30, 2009

Ulang Tahun Perkahwinan ke 15

Saat aku dinikahkan oleh Pak Mertua aku 15 tahun lalu 30 Disember 1994....perghhhh masa tu punya le gelabah, nak pandang orang lain pun tak berani..wakakaakakakakaka

Lepas selamat dinikahkan, ada aktiviti bergambar pulak...

Ni gambar masa aku ngan linda tengah suap menyuap 15 tahun dulu tp sampai sekarang masih suap menyuap lagi tau...jgn jeles arrrr hehehehehe

Ensem jek mamat sebelah linda tu kan.....hehehehee perasannya aku

Mana la aku tak gile kan linda 15 tahun dulu....cantik siut tembam lg gitu wakakakakakaka korang jgn cemburu tau. Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Perkahwinan yg ke 15 sayang..semoga usia perkahwinan kita dilanjutkan lagi sampai ke akhir hayat kita berdua, terima kasih atas segala pengorbanan mu selama kita hidup bersama.....aku akan tetap menyintaimu sampai bila-bila

Tuesday, December 29, 2009

Aktiviti Bulan Disember 2009










Salam pada semua kawan-kawan blogger...ari ni baru la aku dapat uploadkan gambar-gambar aktiviti sepanjang bulan Disember ni walau pun aku kesibukan sangat sangat sampai nak blog walking pun tak sempat. Insyaallah lepas kerja aku ni selesai aku akan singgah kat blog korang sampai korang naik muak tengok aku ari ari hehehehehee

Monday, November 30, 2009

Aktiviti Raya Haji 2009








Huhhhh...da naik bersawang gile umah aku ni, asyik kesibukan semenjak dua menjak ni. Sebelum aku terlupa aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua rakan-rakan blogger tak kire le kat mana korang berada dan untuk pengetahuan korang semua tahun ni kami sekeluarga dapat beraya di kampung halaman yang kebetulan cuti persekolahan anak-anak aku heheheheee.

Tengok gambo kat atas tu...sukenya keluarga aku tu kan terutama sekali is3 kesayangan aku tu siap lambai-lambai tangan lg dapat tengok maskot McDonald. Orang dapat balik kg le katakan huhuhuhu.

Ni pulak gambo member sekolej ngan aku ( Sofia ) di Muar yang telah diijab kabulkan pada 28 November 2009.

Yang ni pulak gambo tuan rumah sewa aku masa aku bertugas di Muar, da makin uzur tok ni tp tetap masih ingat kat kami sekeluarga.
Kepada Pu3 SS ( Zuhaida ) aku sekeluarga minta maaf bebanyak pasal tak dapat hadir ke majlis perkahwinan adik ko ahad lepas..kami da tak larat nak penuhi jemputan kenduri kawin, letih sangat pasal terlampau banyak jemputan pada tarikh yang sama. Jangan marah ek Pu3...

Wednesday, November 4, 2009

Happy birthday sayang....

Happy birthday sayang....ari ni 4 Nov genap la usia anak dara aku ni 13 tahun. Cepat benar masa berlalu kan da terasa tua aku ni walau pun usia aku muda lg wakakakakaka. Ayah dan ibu serta adik-adik doakan semoga Along dirahmati dan diberkati selalu serta berjaya dalam hidup

Bertuahnya anak....

Semasa baru dimasukkan ke dalam wad
Hospital Tunku Fauziah, Kangar

Waktu pagi sebelum pembedahan


Baru selesai pembedahan

Hari ni aku dapatlah aku uploadkan gambar si anak bertuah aku, Muhammad Fariz 6 thn yang mendapat kecederaan di kelopak mata kanan pada hari jumaat lepas semasa bermain ngan anak jiran aku di rumahnya . Kata jiran aku, kelopak mata anak aku ni tersangkut pada besi buaian baby ( ndoi kata org Perlis ) dan diorang terpaksa mendukung anak aku yang tembun ni sebelum dapat mencabut besi buaian tu. Masa tu aku belum balik dari sembahyang jumaat lg, nasib baiklah anak jiran sebelah rumah aku yang satu lagi tu dah balik dari sembahyang terlebih dahulu dari aku jadi dialah yang hantarkan anak aku ni ke hospital.

Nasib baiklah kata doktor mata hitam dia tak kene pada besi tu kalu tak tentu lagi parah kecederaan dia. Tapi korang tengok lah gambar kat atas sekali tu masa dia baru dimasukkan ke wad, siap tunjuk isyarat bagus kat aku lak tu huhh bertuahnya anak....kita punya le risau tapi dia rileks jek tak nangis lak tu. Masa dalam wad tu, berbuih mulut aku menjawap soklan dari pelawat-pelawat yang datang melawat sedara mara diorang kat situ. Korang bayangkan kalu sepuluh orang yang bertanya soklan yang sama " Kenapa ngan mata anak ? " tak ker berbuih mulut aku nak terangkan perkara yang berlaku berulang kali...itu baru sepuluh je ko. Ape pun aku bersyukur pada Tuhan kerana melindungi dia dari kecederaan yang serius...Amin

Tuesday, October 27, 2009

Menyepikah aku ni??

Salam buat semua teman teman bloggers....tajuk tu macam power rangers jek kan hehehehe bukan ape semenjak dua menjak ni aku sibuk skit nak kene siapkan kerja kerja urgent yang tertangguh kerana aku baru je bertugas semula setelah bercuti hampir seminggu menemankan anak nombor dua aku yang baru je menjalani pembedahan dalam telinga dia untuk kali ketiga di Hospital Tunku Fauziah, Kangar.
Kesian dia semenjak dari umo tak sampai setahun sampai kini dah enam kali pembedahan dia jalani dan setiap kali tu la aku kene pergi berkursus...ish ish ish tapi kali ni aku tak pergi kerana kalau aku pergi berkursus jugak sapa la yang nak temankan dia kat hospital tu kan. Kalau dulu masa dia menjalani pembedahan plastik dekat Hospital Melaka, ibu dia akan temankan sebab kakak dan adik-adik dia dijaga oleh nenek dia kat kg tu. Tp tu masa kat Melaka, kini aku kat negeri orang so sendiri mau ingat la kan........
Kepada teman teman bloggers yang tak tahu apa masalah anak aku ni, sebenarnya anak aku ni mengalami sumbing yang serius semasa dilahirkan. Kecacatan tu yang menyebabkan dia menjadi kurang pendengaran tp korang jangan risau sebab aku tak pernah membezakan anak anak aku tau. Aku sayangkan anak anak aku weiiii
Okey lah semua aku nak kene siapkan keje aku yg tengah menimbun atas meja aku ni, lain kali aku update lg ye...terima kasih kepada teman teman bloggers yang bertanya kan kemana aku menyepi, love u all

Wednesday, October 14, 2009

Hotel Bella Vista


Hotel Bella Vista, Langkawi....bukan aku ilang kan diri lepas raya tau cume aku bertugas sebagai urusetia kursus untuk para nelayan. Cantik pemandangan laut dari hotel tu kan cume aku muskil nape la hotel ni bentuknya mcm gereja...heheheheh. Yang gambo last tu aku tengah melepak kat tepi swimming pool masa nak tunggu time makan mlm, bukan tak nak mandi tp aku tak bawak seluar pendek...nak mandi pakai ******* aje, ishhhh aku malu weiiiiii wkaakakakakaka

Award